Kepada kaum hawa sekalian, harap ambil perhatian.....
Malam pasangannya siang, Jaga pasangannya
tidur, Rajin pasangannya malas, Dan lelaki pasangannya perempuan.
Kerana perempuan adalah pasangan kepada
lelaki, maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita itu dapat memikat hati
lelaki.
Bila berkata tentang terpikat, maka ia ada
hubung kait dengan nafsu. Jika ia ada hubungkait dengan nafsu, ianya ada
hubungan pula dengan bisikan syaitan.
Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal
dengan iman. Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah Allah dan RasulNya
dan menjauhi laranganNya.
Pada mata lelaki, perempuan ini adalah
simbol. Simbol apa, semua orang tahu. Orang lelaki mempunyai imaginasi yang
nakal jika tidak dikawal dengan iman. Maka mata lelaki ini selalu menjalar
apabila terlihat seorang perempuan.
Setiap bentuk badan seorang perempuan boleh
dihayati oleh seorang lelaki dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu.
Apabila seorang lelaki terlihat seorang perempuan, maka perkara pertama yang
akan dilihatnya ialah rambut wanita berkenaan. Maka akan ditafsirlah berbagai2
cara oleh seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan.
Oleh kerana itulah wanita wajib menutup
rambutnya. Apabila rambut wanita itu telah ditutup, maka mata lelaki itu akan
turun ke bawah melihat bentuk lehernya, maka wajiblah wanita itu menutup lehernya.
Maka mata lelaki itu akan turun lagi melihat bentuk payu daranya,
maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk payu daranya dengan melabuhkan
tudungnya.
Setelah itu mata lelaki akan turun lagi
melihat bentuk ramping pinggangnya, maka labuhkanlah pakaian supaya
tidak ternampak bentuk pinggangnya, maka mata lelaki itu akan melihat pula akan
bentuk punggungnya, maka wajiblah wanita itu membesarkan
pakaiannya agar bentuk punggung tidak kelihatan, dan lelaki itu akan pula
melihat bentuk pehanya, maka janganlah sesekali wanita itu memakai
kain yang agak ketat sehingga terlihat bentuk pehanya walau sedikit, maka akan
dilihat lagi oleh lelaki itu akan bentuk kakinya pula, maka janganlah wanita itu berseluar,
kerana terus-terang pihak lelaki bercakap, walau muslimah itu bertudung labuh,
berbaju labuh, jika beliau memakai seluar,walau nampak besar sedikit, nafsu
kami lelaki akan terusik secara sepontan, entah tak tahu Kenapa?
Mata lelaki ini nakal, setelah tidak
ternampak akan bentuk kakinya, maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu
kepada kakinya, maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki itu
tidak berdosa, menutup kakinya dengan melabuhkan kain, atau memakai stokinyg
warnanya jangan sesekali berwarna kulit perempuan, maka mata lelaki ini akan
kembali ke atas, akan melihat pula bentuk tangan wanita itu, maka tolonglah wahai muslimah,
agar melabuhkan tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan
lelaki.
Maka wahai lelaki, janganlah pula kamu
melihat mukanya, kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika
kamu wahai lelaki, ingin meminangnya. Jika wanita itu cukup soleh, takut
mukanya yang cantik akan menimbulkan fitnah, maka berpurdahlah kamu, jika itu
lebih baik untuk kamu.
Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis
penyakit,iaitu mata lelaki itu akan tertangkap dengan sepontan jika ia terlihat
warna yang menyerlah atau terang jika ianya berada pada
perempuan.
Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah
jangan memakai pakaian yang warnanya terang-terangan sangat. Jika hendak pakai
pun, pakailah untuk suami. Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahu
apakah dia mata lelaki itu, dan perlu diingatkan, jika semua aurat telah ditutup,
jangan anggap tugas kita telah selesai, perlulah pula kita menjaga kehormatan
diri masing2, jangan keluar seorang2,keluarlah dengan mahram, atau keluarlah
sekurang2nya 3 wanita agar tidak diganggu gangguan luar, mata lelaki pula
janganlah menjalar langsung kepada muslimah, walau muslimah itu telah menutup
aurat, insyaAllah selamat dunia akhirat.
Seperti firman
Allah,"Dan tundukkanlah pandanganmu dan jagalah kemaluanmu". Dunia
sekarang telah banyak yang cacat celanya, sehingga ketaraf seseorang yang memakai
tudung masih beliau tidak menutup aurat, dan pada kaum lelaki, mata kamu itu
wajib untuk tidak mencuri2 melihat wanita muslimah, kerana ia dilarangi oleh
Allah SWT.
No comments:
Post a Comment