Salam saya pembuka bicara…
Bila kita membuka mata dan memandang
sekeliling kita, terdapat banyak sekali ragam manusia. Masing2 dengan
hal sendiri tanpa mempedulikan orang lain yang berada di sekeliling.
Teks pada kali ini, ingin saya highlightkan perkataan couple dalam kalangan remaja.
Bercerita mengenai isu ini, ya, saya
juga pernah terjerat di dalam perangkapnya. Usia seawal 15 tahun, saya
melihat dan sering mendengar kisah dan cerita dari rakan-rakan sekelas
tentang HEBATnya cinta mereka. Setiap kali ada peluang untuk berjumpa,
mereka tidak akan melepaskan peluang itu. Jika tidak dapat bertemu, sms
akan berkhidmat sebagai melepaskan rindu antara dua jiwa yang sudah di
lamun cinta.
Lalu, saya bertanyakan kepada rakan saya, Bagaimanakah perasaan orang yang bercinta..? Jawapan yang rakan saya berikan adalah, ” ko kenalah rasa sendiri, barulah tahu betapa manisnya..”
Saya tidaklah mengatakan saya cantik..
Saya tidak mengatakan saya ayu.. Saya tidak mengatakan sama sekali saya
seorang gadis yang hebat.. Sejak saya melangkah ke alam persekolahan
menengah, memang saya menerima beberapa surat dari pelajar-pelajar
lelaki yang ingin menjadikan saya kekasih mereka. Tetapi, pada saat itu,
saya masih belum mengerti, apa itu cinta, mungkin masih terbawa-bawa
naluri kanak-kanak dari sekolah rendah.
Pernah beberapa kali senior perempuan
sekolah mengugut saya hanya kerana teman lelaki mereka memberikan love
letter kepada saya. saya sendiri hairan dan pelik, sehebat mana
kehebatan cinta yang mereka rasakan sehingga sanggup memalukan diri sendiri.
Hinggalah saya melangkah ke alam separah
remaja dan naluri ingin tahu itu timbul. Akhirnya, saya bersetuju untuk
menerima seorang lelaki dalam hidup saya selepas setahun dia
memerhatikan saya sewaktu di sekolah. Pada masa tersebut, saya berumur
15 tahun.
Mulanya, saya tidak mengenali siapakah
gerangan lelaki tersebut kerana dia hanya bertanyakan pada saya melalui
sms dengan mendapatkan nombor telefon daripada rakan-rakan saya. Saya
tanpa berfikir panjang, terus menerima kerana rasa ingin tahu bagaimana
perasaan orang yang bercinta.
Selama sebulan kami hanya berhubung di
dalam telefon, akhirnya, dia ingin berjumpa dan saya letakkan syarat,
dia mesti membawa 2 atau 3 orang temannya bersama dan saya akan membawa
2-3 orang rakan saya. Tapi, saya bawa lebih dari 5 orang. pertemuan
pertama kami adalah di kantin sekolah dan itu adalah pertama kali saya
melihatnya.
Rupanya, dia adalah seorang pelajar dari
kelas Sains tulen dan memang ramai juga pelajar perempuan yang
meminatinya. Pertemuan pertama kami, hanya rakan-rakan yang banyak
bercerita dan kami hanya diam. Langsung tidak bercakap sehinggalah
perjumpaan selesai.
Selama beberapa bulan menjadi sepasang
kekasih, saya masih tidak merasa kehebatan cinta yang sering diceritakan
oleh rakan-rakan yang lain. selepas pertemuan kami yang pertama, dia
ingin bertemu lagi dan berkali-kali mengajak untuk bertemu, tapi ada
saja alasan yang saya berikan kerana saya terasa seperti banyak mata
yang memandang seperti yang saya rasakan pada pertemuan kami yang
pertama. Tidak tahu mengapa..
Akhirnya, saya rasa seperti tidak ada
apa-apa benefits pun bila mempunyai pasangan, dan saya memutuskan
hubungan kami dengan tanpa ada sebarang alasan. Dia sangat
kecewa dan sedih..
Selama seminggu dia tidak bersemangat sewaktu berada di sekolah.
Rakan-rakannya memujuk untuk saya menerimanya kembali. Akhirnya, saya
kesian dan menerimanya kembali walaupun tidak ada perasaan cinta dalam
hati.
Hubungan tanpa percintaan memang tidak
kekal lama, saya kembali memutuskan hubungan kami dengan sebab ingin
menumpuhkan perhatian pada pelajaran dahulu. Tambahan pula, saya semakin
rimas bila dia berkali-kali mengajak untuk berjumpa. dia menelefon
pada saat itu juga(kerana saya memutuskan hubungan melalui sms) dan apa
yang saya dengar adalah tangisannya. Saya sungguh rasa bersalah pada
saat itu kerana baru saya sedar yang saya telah mempermainkan hatinya.
Saya rasa diri saya sangat kejam bila mendengar
tangisannya yang tidak pernah saya dengar sebelum ini.
Mulanya, saya keraskan hati untuk tidak
menerimanya kembali, tapi rasa bersalah bertambah apabila setiap hari
dia menghantar sms yg memberitahu betapa terlukanya dia. Hati saya
memang mudah tersentuh dan mudah merasa kasihan pada orang lain, saya
tidak sampai hati bila melihat dia merayu-rayu dan menangis. Akhirnya,
saya menerima dia kembali.
Saat saya melangkah ke alam IPT, banyak yang dapat saya lihat. pelbagai ragam manusia. Dari sinilah saya banyak
mempelajari erti kehidupan sebenar.
Saya melihat ramai pelajar yang sama kampus akan belajar mengulangkaji
bersama-sama, makan bersama-sama, ke kelas bersama-sama… dalam fikiran
saya, hanya satu, mereka tidak bosan ke bila sentiasa bersama dengan
orang yang sama pada setiap masa?
Dan dimana sahaja, mereka pasti akan
berpegangan tangan. ketika itu, saya terfikir, selama saya mengenali
‘dia’ dan menjadi kekasihnya, perkara yang tidak pernah kami lakukan
adalah berpegang tangan. Seperti ada satu magnet pada diri kami yang
mempunyai kutub yang sama.
Dunia IPT la yang banyak mengajar saya apa itu
couple.
Saya bernasib baik kerana mempunyai seorang kakak yang memandu saya
tatkala diri ini masih tidak mengetahui selok belok dunia sebenar. Kakak
saya banyak berpesan,
Jaga diri dan jangan terpengaruh dengan rakan-rakan yang tidak baik.
Saat itu, saya sedar bahawa selama ini, saya telah banyak terpengaruh
dengan teman2 sekolah dulu. Terpengaruh dengan cerita-cerita kehebatan
cinta mereka..
Di dunia IPT jugalah, saya mengerti apa
itu Islam (kerana saya berasal dari keluarga muallaf) kerana saya tidak
ada saudara mara, datuk atau nenek yang boleh saya jadikan rujukan dan
pertanyaan berkenaan Islam. Di sini, saya berjumpa dengan ramai rakan2
yang muslim dengan pelbagai bangsa. dan rakan yang rapat dengan saya
seorang berbangsa Melayu. Dia banyak memberitahu dan menceritakan saya
Islam itu bagaimana.
Pada mulanya, saya hanya menganggap
Islam itu, kita perlu berkelakuan baik dan Allah akan suka. Bertudung
dan Allah akan sayang. Jaga maruah diri dan Allah akan cinta. Tapi
sebenarnya, Islam itu, kita hendaklah berkelakuan baik luaran dan juga
dalaman.. merendah diri.. Kita hendaklah menutup aurat selengkapnya,
bukan membungkus aurat dengan baju ketat tetapi memakai tudung, kita
menjaga maruah kita, bersopan-santun, pergaulan antara lelaki dan
perempuan yang ajnabi dan yang sangat penting adalah Jaga Solat 5 waktu.
Pada satu malam, saya duduk bersendirian
melayan bunyi cangkerik dan sunyi malam itu. Tiba-tiba otak saya
teringatkan dia. Sejak saya melangkah ke IPT, sudah lama kami tidak
berhubung. Rasanya hampir 2 bulan. Last kami ber sms pun diakhiri dengan
pergaduhan kerana saya tidak mengendahkannya dan jarang membalas
smsnya. Pada malam itu, tangan saya ringan mencapai telefon bimbit dan
menghantar sms ingin meminta putus darinya dan kali ini saya NEKAD dan
tidak akan kalah dengan rayuannya lagi.
Dia membalas, Mengapa? Adakah saya
mempunyai lelaki lain?.. Saya hanya tersenyum membaca sms itu. Seperti
ada sesuatu yang memberikan saya alasan yang terbaik dan saya harap
alasan itu dapat mengubati kekecewaannya. saya membalas smsnya dengan
menjawab, tidak ada lelaki lain yang saya cintai kerana saya tidak rasa
bagaimana cinta sesama manusia yang sebenar, saya hanya rasa bersalah
pada Allah kerana telah membelakangkanNYA selama ini dan tidak sedar
akan kehadiran Allah yang sentiasa menemani hambaNya di saat susah atau
senang.
Saya hanya ingin mendekatkan diri pada
Allah dan ingin belajar lagi serta mendalami Islam. Belajar serta
mendalami Islam sahaja, tidak cukup, saya mahu praktikan cara hidup
Islam yang sebenar dalam kehidupan saya. saya harap awak memahami saya.
dan itu ada sms terakhir dari saya kepada dia 2 tahun lepas.
keesoaknnya, dia setuju. Barulah saya terasa seperti terbang semua beban
yang menghimpit minda.
Memang banyak perubahan yang berlaku
pada saya saat saya melangkah ke dunia IPT ini. Alhamdulillah, Allah
telah temukan saya dengan ramai rakan yang boleh saya jadikan teladan.
Ya Allah, sungguh besar cahaya hidayah yang telah Engkau kurniakan ini
sehingga tidak terucapkan dengan kata-kata betapa indahnya, manisnya,
bahagianya hidayah ini. Mungkin inilah hebatnya rasa cinta yang
dahulunya pernah diceritakan oleh rakan2 saya tentang cinta mereka,
tetapi cinta yang saya dapat ini, tidak dapat saya ceritakan dan
ungkapkan betapa indahnya.. hebatnya.. sangat indah..
Saya amat
bersyukur kerana Allah melindungi saya yang jahil ini daripada mendekati
bunga-bunga zina dan masih memberikan peluang pada saya untuk memandang
dengan lebih dalam erti ISLAM. salah satu nikmat yang terbesar dari
Allah.. Alhamdulillah. Allah itu Maha Besar. Allah Maha Agung. Allah
segalanya.
kiriman artikel dari : Red rose Thorns